Monday, January 15, 2024

Sentimen "JANGAN UNDI CINA" menyebabkan kerajaan yang lalu kalah di ADUN CHEKA N.04 dalan Pilihanraya yang lepas.

 


Kisah ini terjadi beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum Malaysia 2022 (PRU15). Selepas setahun, baru aku berani mengeluarkan suara berkenaan dengan kejadian ini. Aku sudah tidak ingat apakah yang telah dibualkan. Ini cumalah cebis-cebis ingatan pada waktu tersebut. Segala salah dan silap harap dimaaffkan. Untuk cerita ini, tiada nama yang akan diberikan untuk menutup aib sekiranya ada. Harap maaf.

Kerusi yang pernah disandang oleh Lee Ah Wong semasa PRU14 yang lalu telah dipersetujui untuk diserahkan tampuk pemerintahan kepada Ho Fong Mee semasa PRU15. Dalam pertandingam empat penjuru diantara Ho Fong Mee (MCA), Rasid Muhamad (PKR), Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) dan Aishaton Abu Bakar (PEJUANG), kerusi tersebut telah dimenangi oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) dengan majoriti undi sebanyak 1223 undi meninggalkan pencabar yang lain.

Maka, bermulalah cerita untuk kesekian kalinya. Untuk pengetahuan semua, kisah aku dan makcik ni aku siarkan sebab aku dan makcik ni mengundi di ADUN yang sama iaitu ADUN Padang Tengku N.03 yang dipertandingkan oleh Mustapa Long (UMNO), Ruzi @ Nata Yusuff (AMANAH), Muhamed Khaider Kamil (PAS) dan Mohd Rostam Mustapha (PEJUANG) serta PARLIMEN LIPIS P.079 yang dipertandingkan oleh Dato' Shahrum Osman (PN), Aishaton Binti Abu Bakar  (PEJUANG), Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (PH) dan Dato Sri Abdul Rahman bin Mohamad (BN).

"Assalamualikum" Terdengar suara seorang makcik datang memberi salam sebelum aku membuka pintu menjawab salam tersebut.Dia datang seorang. Mungkin dia rasa selamat untuk berbicara dengan aku. "Waalaikummussalam. Ya, makcik." Dengan muka yang penuh megah dan bersedia untuk memberi ceramah, makcik tersebut memulakan kempen berkenaan pilihanraya yang akan berlangsung beberapa hari lagi. 

"Anak patut mengundi BN pada pilihanraya yang akan datang. Banyak sudah kebaikan yang diberikan oleh kerajaan yang sekarang ni." kata makcik tersebut. Aku mengengguk sambil tersenyum sebeb aku sudah tahu kemana arahnya perbualan ini berlangsung. Kemudian, makcik tersebut meneruskan kempennya berkenaan kebaikan kerajaan  semasa yang aku sudah lupa apa isinya.

Akhirnya, makcik tersebut dengan tegas berkata "Jangan undi cina. Nanti rosak negara."  Terkejut aku mendengar apa yang dikeluarkan dari mulut makcik ini. Tegas makcik tersebut membuatkan aku berfikir sejenak. Mungkin makcik tersebut maksudkan parti roket (DAP) tetapi cara makcik tersebut meluahkan perkataan tersebut menyebabkan aku terkejut.

Setelah sekian lama aku membiarkan makcik tersebut meluahkan kata-kata, aku pun mula bersuara. "Makcik, kawasan kita ni mana ada calon cina." Makcik tersebut nampak macam sedikit terkejut dengan kata-kata aku. "Calon yang bertanding di kawasan kita ini cuma orang Melayu je yang untuk kerusi ADUN dan PARLIMEN. Mana ada calon cina." aku menegaskan lagi. Terdiam sebentar makcik tersebut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut aku yang sebelumnya membisu. Mungkin merasa malu dengan diri sendiri ataupun tiada apa lagi untuk dikempenkan, makcik tersebut berlalu ke rumah yang lain. Mungkin untuk memberi kempen untuk menyokong BN kepada orang lain.

Rumah aku tiada bendera parti politik yang terpangpang di depan rumah seperti rumah-rumah yang lain. Aku mengundi apa yang aku ingin mengundi dan tiada siapa yang berhak menentukan parti mana yang akan aku undi. Undi adalah rahsia. Kalau orang fikir aku undi parti mana-mana, aku akan jawab macam yang datuk Nick Fury cakap "I will neither confirm nor deny the facts of that story"

 "PEACE TO ALL OF YOU AND TO YOU ALL THE PEACE".