Monday, January 15, 2024

Sentimen "JANGAN UNDI CINA" menyebabkan kerajaan yang lalu kalah di ADUN CHEKA N.04 dalan Pilihanraya yang lepas.

 


Kisah ini terjadi beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum Malaysia 2022 (PRU15). Selepas setahun, baru aku berani mengeluarkan suara berkenaan dengan kejadian ini. Aku sudah tidak ingat apakah yang telah dibualkan. Ini cumalah cebis-cebis ingatan pada waktu tersebut. Segala salah dan silap harap dimaaffkan. Untuk cerita ini, tiada nama yang akan diberikan untuk menutup aib sekiranya ada. Harap maaf.

Kerusi yang pernah disandang oleh Lee Ah Wong semasa PRU14 yang lalu telah dipersetujui untuk diserahkan tampuk pemerintahan kepada Ho Fong Mee semasa PRU15. Dalam pertandingam empat penjuru diantara Ho Fong Mee (MCA), Rasid Muhamad (PKR), Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) dan Aishaton Abu Bakar (PEJUANG), kerusi tersebut telah dimenangi oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) dengan majoriti undi sebanyak 1223 undi meninggalkan pencabar yang lain.

Maka, bermulalah cerita untuk kesekian kalinya. Untuk pengetahuan semua, kisah aku dan makcik ni aku siarkan sebab aku dan makcik ni mengundi di ADUN yang sama iaitu ADUN Padang Tengku N.03 yang dipertandingkan oleh Mustapa Long (UMNO), Ruzi @ Nata Yusuff (AMANAH), Muhamed Khaider Kamil (PAS) dan Mohd Rostam Mustapha (PEJUANG) serta PARLIMEN LIPIS P.079 yang dipertandingkan oleh Dato' Shahrum Osman (PN), Aishaton Binti Abu Bakar  (PEJUANG), Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (PH) dan Dato Sri Abdul Rahman bin Mohamad (BN).

"Assalamualikum" Terdengar suara seorang makcik datang memberi salam sebelum aku membuka pintu menjawab salam tersebut.Dia datang seorang. Mungkin dia rasa selamat untuk berbicara dengan aku. "Waalaikummussalam. Ya, makcik." Dengan muka yang penuh megah dan bersedia untuk memberi ceramah, makcik tersebut memulakan kempen berkenaan pilihanraya yang akan berlangsung beberapa hari lagi. 

"Anak patut mengundi BN pada pilihanraya yang akan datang. Banyak sudah kebaikan yang diberikan oleh kerajaan yang sekarang ni." kata makcik tersebut. Aku mengengguk sambil tersenyum sebeb aku sudah tahu kemana arahnya perbualan ini berlangsung. Kemudian, makcik tersebut meneruskan kempennya berkenaan kebaikan kerajaan  semasa yang aku sudah lupa apa isinya.

Akhirnya, makcik tersebut dengan tegas berkata "Jangan undi cina. Nanti rosak negara."  Terkejut aku mendengar apa yang dikeluarkan dari mulut makcik ini. Tegas makcik tersebut membuatkan aku berfikir sejenak. Mungkin makcik tersebut maksudkan parti roket (DAP) tetapi cara makcik tersebut meluahkan perkataan tersebut menyebabkan aku terkejut.

Setelah sekian lama aku membiarkan makcik tersebut meluahkan kata-kata, aku pun mula bersuara. "Makcik, kawasan kita ni mana ada calon cina." Makcik tersebut nampak macam sedikit terkejut dengan kata-kata aku. "Calon yang bertanding di kawasan kita ini cuma orang Melayu je yang untuk kerusi ADUN dan PARLIMEN. Mana ada calon cina." aku menegaskan lagi. Terdiam sebentar makcik tersebut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut aku yang sebelumnya membisu. Mungkin merasa malu dengan diri sendiri ataupun tiada apa lagi untuk dikempenkan, makcik tersebut berlalu ke rumah yang lain. Mungkin untuk memberi kempen untuk menyokong BN kepada orang lain.

Rumah aku tiada bendera parti politik yang terpangpang di depan rumah seperti rumah-rumah yang lain. Aku mengundi apa yang aku ingin mengundi dan tiada siapa yang berhak menentukan parti mana yang akan aku undi. Undi adalah rahsia. Kalau orang fikir aku undi parti mana-mana, aku akan jawab macam yang datuk Nick Fury cakap "I will neither confirm nor deny the facts of that story"

 "PEACE TO ALL OF YOU AND TO YOU ALL THE PEACE".

Saturday, May 5, 2018

MALAYSIA MENGUNDI MEI 9, 2018

Pada Mei 9, 2018, sebahagian besar rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan sebagai pengundi berdaftar untuk menentukan kerajaan yang akan wujud bagi lima tahun yang akan datang. Pada waktu ini, parti Barisan Nasional (BN) yang memegang tampuk pemerintahan negara dengan Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Semangat berluap-luap masyarakat pengundi dapat dilihat menyokong parti yang diminati masing-masing semasa ceramah politik yang dibuat oleh tokoh-tokoh politik yang berdaftar sebagai calon politik ADUN atau PARLIMEN parti masing-masing. Calon-calon dengan suara yang begitu yakin menabur janji-janji yang tidak tahu sama ada akan ditunaikan apabila sudah dapat tampuk pemerintahan ADUN dan PARLIMEN masing-masing.

Di kalangan pengundi di Malaysia, terdapat kalangan pengundi yang tidak mahu keluar mengundi walaupun mereka telah mendaftar sebagai pengundi yang sah yang layak mengundi tetapi lantang menyuarakan suara menyuruh pengundi-pengundi lain menyokong sesebuah parti yang mereka mahukan. Lagak mereka membuat bising tetapi tidak mahu bertindak untuk mereka sendiri menyakitkan telinga pihak yang mendengarnya. Mereka sendiri tidak mahu keluar mengundi walaupun mereka mampu memang seperti anjing yang menyalak kosong yang tidak akan membantu parti yang mereka salakkan itu.

Buat masa ini, tampuk pemerintahan di Kelantan dan di Pulau Pinang masih kukuh dengan parti masing-masing iaitu PAS di Kelantan dan DAP di Pulau Pinang walaupun terdapat penganalisis politik menyatakan bahawa kedua negeri itu akan dapat "ditawan" oleh BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Mei 9, 2018. Kedua-dua negeri tersebut masih belum dapat dikuasai oleh UMNO buat masa yang lama kerana zon kesenangan dan keselesaan kedua parti di kedua negeri tersebut terlalu tinggi. Malah tidak pelik dikatakan pada PRU pada kali ini UMNO masih tidak akan dapat menggoda undi pengundi di kedua negeri tersebut walaupun seribu janji yang di taburkan.

Monday, November 7, 2016

PILIHAN RAYA PEMILIHAN PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT.

imej diambil dari http://www.telegraph.co.uk/

Pertandingan diantara Donald John Trump dengan Hillary Diane Rodham Clinton yang akan dilangsungkan pada 8 November 2016 (waktu Amerika) atau 9 November 2016 (waktu Malaysia). Secara atas talian, nampaknya DJT mengalahkan HDRC dengan perbezaan berapa mata. Tetapi, kemungkinan juga rakyat Amerika hendak lihat sesuatu yang berbeza seperti yang terjadi apabila Barack Hussein Obama II menjadi presiden yang lepas selepas menjadi Presiden berkulit gelap yang pertama. Kemungkinan untuk HDRC menjadi Presiden wanita pertama di dalam sejarah juga akan berlaku.

Siapa yang akan menang tidak dapat dipastikan lagi. Tetapi yang pasti, ianya akan membawa perubahan yang besar kepada dunia. 

Thursday, June 7, 2012

kata-kata merapu no. 1. 'PILIHANRAYA'

Sekarang ni dah dekat nak pilihanraya. WOI!!! Sesiapa yang tak daftar sebagai pengundi lagi tu cepat-cepat lah daftarkan diri di mana-mana tempat yang berkenaan.

Dalam keamanan yang sedang dikecapi oleh semua pihak, mungkin akan timbul pula ragam-ragam manusia yang ingin mengejar undi yang tak sampai beberapa kerat pun. Isu yang paling besar kat sini yang mungkin akan dipergunakan oleh beberapa pihak mungkin isu berkenaan PTPTN, isu BER'SHIT' 3.0 (aku paling tak suka ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab memulakan rusuhan yang melampau sangat. Syabas kepada anggota di tanah Sabah dengan Sarawak yang tidak terlibat dengan keganasan seperti yang berlaku di Dataran Merdeka yang lalu), keganasan pihak berkuasa, isu rasuah, isu malaun mana entah yang cakap "Selagi aku masih hidup, selagi itu aku akan memperjuangkan supaya orang bukan Melayu jadi Perdana Menteri Malaysia", isu Ambiga dengan sekutu 'Gay' nya, isu kejatuhan moral, buku jingga, buku kuning, buku hijau, buku biru dan bermacam-macam lagi warna buku yang mungkin akan keluar nanti.

Sejak beberapa minggu yang lalu, terdapat beberapa tiang bendera dengan logo parti masing-masing sudah terpampang di jalan-jalan raya sebagai tanda yang pilihanraya memang dah dekat. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengundi pelawak-pelawak (kadang kala aku rasa macam nak gelak je melihat gelagat wakil-wakil yang bertanding dalam pilihanraya ni. Cakap buruk mengenai parti lawan macam parti dia jer yang betul.) kegemaran anda pada pilihanraya yang akan datang.