Saturday, May 5, 2018

MALAYSIA MENGUNDI MEI 9, 2018

Pada Mei 9, 2018, sebahagian besar rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan sebagai pengundi berdaftar untuk menentukan kerajaan yang akan wujud bagi lima tahun yang akan datang. Pada waktu ini, parti Barisan Nasional (BN) yang memegang tampuk pemerintahan negara dengan Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Semangat berluap-luap masyarakat pengundi dapat dilihat menyokong parti yang diminati masing-masing semasa ceramah politik yang dibuat oleh tokoh-tokoh politik yang berdaftar sebagai calon politik ADUN atau PARLIMEN parti masing-masing. Calon-calon dengan suara yang begitu yakin menabur janji-janji yang tidak tahu sama ada akan ditunaikan apabila sudah dapat tampuk pemerintahan ADUN dan PARLIMEN masing-masing.

Di kalangan pengundi di Malaysia, terdapat kalangan pengundi yang tidak mahu keluar mengundi walaupun mereka telah mendaftar sebagai pengundi yang sah yang layak mengundi tetapi lantang menyuarakan suara menyuruh pengundi-pengundi lain menyokong sesebuah parti yang mereka mahukan. Lagak mereka membuat bising tetapi tidak mahu bertindak untuk mereka sendiri menyakitkan telinga pihak yang mendengarnya. Mereka sendiri tidak mahu keluar mengundi walaupun mereka mampu memang seperti anjing yang menyalak kosong yang tidak akan membantu parti yang mereka salakkan itu.

Buat masa ini, tampuk pemerintahan di Kelantan dan di Pulau Pinang masih kukuh dengan parti masing-masing iaitu PAS di Kelantan dan DAP di Pulau Pinang walaupun terdapat penganalisis politik menyatakan bahawa kedua negeri itu akan dapat "ditawan" oleh BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Mei 9, 2018. Kedua-dua negeri tersebut masih belum dapat dikuasai oleh UMNO buat masa yang lama kerana zon kesenangan dan keselesaan kedua parti di kedua negeri tersebut terlalu tinggi. Malah tidak pelik dikatakan pada PRU pada kali ini UMNO masih tidak akan dapat menggoda undi pengundi di kedua negeri tersebut walaupun seribu janji yang di taburkan.

No comments:

Post a Comment